:a good friend of mine ada tanya2 pasal pantang during confinement. alhamdulillah, tahun lepas & tahun ni adalah tahun mengawan 30-30. ok, so aku share apa yang ingat ye..
mak sgt tegas & garang. jgn harap nk mengelat. tapi kdg2 mengelat jugak. bab stokin & ikat rambut tinggi2 dan ketat2 mmg mak observe sgt. mak kata kalau mengelat skang, tunggu je la effect nya nanti. kendur sebelum masa, wahhh takut!
pakai stokin : supaya tak masuk angin
ikat rambut tinggi2 : masa pregnant kan muka sembap esp those yg terover water retention. so bile ikat rambut tinggi2 dan kuat2 ni mcm satu exercise naikkan isi pipi supaya tak kendur. em, i think it make sense!
berurut : yang ni aku suka. boleh tertidur. even aku csect dulu, still urut jugak seminggu. cuma dia tak usik part perut. cuma after 2 weeks ke 3 weeks mak bidan tu pegang2 sikit..
mandi daun2 : in my case, masa pantang dulu beli satu set tropical herbs from amway. dia ada bg uncang daun2 utk mandi. yg ni paling best
sapu-sapuan : pilis, param, tapel
(sapu kat perut) + homemade bedak sejuk. aku kan ratu bedak sejuk so mmg sukaaa sgtlah. bau beras tu sedap!
position tidur : yang ni pun mak observe jugak. tidur sesuka hati adalah dilarang sama sekali. jgn harap nk sedap2 tidur mengiring. kene tidur lurus + kaki tegak + bantal tinggi. reason: mak kata kalau tidur mengiring, akan effect kita punya a*u. sapa tak paham, pm me.. hehe
cara melangkah : bukan pengantin je kene lemah gemalai, ibu baru lepas bersalin pun kene jalan slow2. bukan la nk suh lemah ke apa, tapi serius bende baru nk sembuh. so bagi dia masa utk kuat semula..
cakap kuat2 : ni pun tak boleh. terlupa pulak nk tanya reason :p
buat kerja : kalau boleh lipat kain pun tak boleh
(yg ni aku suka laa), tapi understood skang ni ramai mummy yg kene jaga diri sendiri. so mana yg boleh excuse tu excuse la, bukan apa.. effectnya nnti bila umur dh meningkat. tapi kalau kene buat kerja jugak, tawakkal byk2.
bab makan: yg ni confirmla mak monitor gila2. aduii rasa kembang tekak asyik makan ikan haruan je. tapi apa boleh buat :0. pati haruan & ginseng america tu sgt scary. sebelum minum kene meleleh air mata dulu.. haha
makanan laut : ikan haruan, ikan tenggiri, ikan bilis.. sebulan selepas deliver baru mak masakkan daging + serai + halia + cili api sebiji dua.. heaven!
method : sup & goreng minyak sikit... makan jela even tak puas! second baby nk try lada hitam la, ramai pulak kata ok & sedap
nasi : yg ni pelik sikit & tak tau reason. kalau deliver anak perempuan boleh tambah nasi, kalau deliver anak lelaki tak boleh..
smbal halia : nama je smbal tapi takde cili pun. guna halia bara. tumbuk dgn ikan bilis. okla rasa pedas2 sikit & boleh buang angin.
vege : sawi, lobak putih
(tambah susu), bronkoli, kentang . bayam & kobis mak tak bagi sbb dia kata sejuk.. tapi rasanya anak second nnti kene explore lagi la. mcm limited sgt pulak sayur ni.
fruits : except yg sejuk2. the best mestila orange! tapi jgn mkn byk2.. oh mak paling pantangkan pisang. mak kata smpai setahun tak boleh makan. reason : tak elok utk peranakan.. sib baik bukan hantu pisang :p. aku dulu ada bad experience sembelit, so hari2 makan prune. tapi tak jln sgt. last2 makan orange, lajuuu je..
lepas pantang :
mak tak bg minum ais smpai setahun. sib baik dh terbiasa minum sirap suam :p.
serious, lepas pantang lagi cepatt badan naik kalau consume ais ni.tambahan : utk csect esp, still boleh bengkung tapi jgn ketat2. personally tanya Dr pantai & dia recommend belt amway yg boleh lipat2 and ada strap tu. just lilit manja2. lepas dh sihat, wajib beli slimming suit. in my case, setahun lebey baru pakai. so kesannya lambat. aku pakai natasya je yg rm200 tu. kalau ada budget lebih, bolehla pakai Beu* or Cron*.
apa2 pun, slimming suit ni mmg penting & best sgtt...
so far ni je kot, kalau sape2 ada additional info bgtaula. boleh pdfkan.. hehe