Advertisement

Showing posts with label quote. Show all posts
Showing posts with label quote. Show all posts

Thursday, March 03, 2011

Khamis, 12.56am


minta izin copy paste ye kak..


"Pernahkah kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Setiap kepahitan....buahnya ialah kemanisan....setiap kepayahan...hasilnya kejayaan...setiap kekecewaan....Tuhan akan gantikan dengan kebahagiaan....

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insya Allah"


source : (1316 KL, Brisdale)



nota kaki: sy hampir tertido... tiba2 dtg sms dari sahabat yg kini ditahan di HDU dan juga rakan seperjuangan yg sibuk membuat persediaan audit.. insyaallah, selagi ada nyawa selagi saya masih disinii ..

seriously, sy masih keliru apa yg patut saya buat sebenarnya.. entahlah, hati sy belum cukup kuat nk buat keputusan yg satu tu.. harap2 diberi petunjuk yg tidak akan saya tangisi dikemudian hari..
and to you, kuatkan semangat hadapi hidup ini..
I'll always be by your side *hugs*



Advertisement

Advertisement