Advertisement

Thursday, March 03, 2011

Khamis, 12.56am


minta izin copy paste ye kak..


"Pernahkah kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan. Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Setiap kepahitan....buahnya ialah kemanisan....setiap kepayahan...hasilnya kejayaan...setiap kekecewaan....Tuhan akan gantikan dengan kebahagiaan....

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insya Allah"


source : (1316 KL, Brisdale)



nota kaki: sy hampir tertido... tiba2 dtg sms dari sahabat yg kini ditahan di HDU dan juga rakan seperjuangan yg sibuk membuat persediaan audit.. insyaallah, selagi ada nyawa selagi saya masih disinii ..

seriously, sy masih keliru apa yg patut saya buat sebenarnya.. entahlah, hati sy belum cukup kuat nk buat keputusan yg satu tu.. harap2 diberi petunjuk yg tidak akan saya tangisi dikemudian hari..
and to you, kuatkan semangat hadapi hidup ini..
I'll always be by your side *hugs*



4 comments:

apis585 said...

Yulie dear;
There will always be a silver lining behind every clouds. Setiap ketentuan ada hikmahnya. Allah knows best. Just redha, tawakkal, usaha n doa, Insyallah everything will be allright.
*hugs*

MaSLiNa said...

Kenapa entri ni aku mcm tak paham e? apa kes sbenarnya?

Yulie Elveera said...

thanks apis *hug back*

gg, jengokla twitter.. luahan perasaann +__+

MaSLiNa said...

Twitter aku kene block daaaa.. hmm.. Nak pakai TweetDeck pun kene tgk time.. takpe, later sure ko akan bgtau aku jugak :P

Btw, aku mcm kenal je kakak yg komen kat atas tu. Rasanya nama dia Norafiza Saleha kan? mana ko kenal kakak ni? aku penah sama ofc dgn dia.. tapi dia officer la time tu. Aku ni macai je.. what a small world!!

Advertisement

Advertisement