Advertisement

Monday, August 16, 2010

cita-cita ramadhan. cooking mode

:
ramadhan kali ni, sy bercita-cita nk masak sedaya mungkin. kalau boleh taknk beli kecuali la tak tahap jemu + takde idea nk masak ..

bukan apa, kalau beli sy prefer beli di kedai/restoren yang mmg menyediakan perkhidmatan memasak + bukannya tukang masak segera di pasar-pasar ramadan. penah la few times terkena makanan basi la + tak memenuhi citarasa + lagi teruk kene cirit birit. so daripada buat dosa kutuk, baiklah masak sendiri. kalau tak sedap, paling-paling kene komplen dgn hubby (jarang-jarang, hubby sy baikk hati.. masak telur sos pun dia makann dgn lajuu. hehe)


dah masuk hari ke-6 puasa, meh sy senaraikan lauk pauk yg kami (me&mil) masak


hari pertama : balik kg

hari ke-2 : ikan keli lemak cili api-ikan keli bercili (mil), sayur campur sos tiram, tahu goreng smbal kicap

hari ke-3 : yong tau foo
(mil), ikan siakap 3 rasa

hari ke-4 : asam pedas ikan (mil), ikan bakar sumbat (first trial.. hehe)


hari ke-5 : ikan masak kicap, ikan goreng, ikan cencaru asam rebus, sambal udang + kek pisang (gian nk bake.. hehe)


cerita pasal ikan bakar, nk share resepi yg sy print dari internet. modified sikit sbb takde kelapa parut. walaupun tak comel, tapi marvellous cicah dgn smbal kicap pedas.. yum! rm6 dpt 8 ekor ikan youu.. kenyangggg!!

pst: ni bukan lalang tau, tp daun kunyit .. LUPA nk lumur part kepala ikan.. huk huk huk



resepi express:

4 biji bawang merah - blend
2 tangkai serai, racik2 then blend
5 biji cili padi - kalau nk pedas sila tambah
3 biji cili hidup besar, merah - blend
sedikit kunyit hidup, sy pakai serbuk jee
garam * gula secukup rasa
air asam jawa
limau kasturi, hiasan
kertas foil, utk wrapping
daun kunyit, racik2..


cara-cara
masukkkan bahan2 untuk kisar then campurkan kunyit, garam & gula, air asam jawa.
blend semua smpai sebati
masukkan ikan kat kertas foil, then sumbat bahan2 kisar dlm perut & lumurkan atas ikan.
tambah daun kunyit utk aroma harum.
wrapped kemas dlm aluminium foil (mcm kain kapan sikit. hehe)
then masukkan dlm kuali besar, tutup. api sederhana besar. dlm 20-25 minit, siap!


cili kicap : cili padi, 2 ulas bawang merah, blend kering. tambah kicap + perahkan asam limau






1 comment:

KELI OH KELI said...

jom tgk blog ikan keli....

Advertisement

Advertisement